Apabila Presiden Dajjal Sedunia, Barrack Obama menyatakan pendiriannya menyokong Perkahwinan Sejenis atau di sini lebih dikenali sebagai LGBT yang diperjuangkan segolongan proxy Obama dalam negara ini seperti Ambiga dan konco-konconya, penulis tidak hairan dengan kenyataan Washington Post pada 10 Mei 2012 ‘President Barack Obama announced Wednesday that he believes same-sex couples should be granted the right to marry, becoming the first U.S. president to fully embrace that level of civil rights for gays.’ Seluruh dunia mendengar kenyataan seorang pemimpin kafir berketurunan Negro lagi sesat ini dan sudah tentu selepas ini menyesatkan seluruh pemimpin negara di dunia yang tidak mempunyai nilai agama.
Secara umumnya, baik dalam mana-mana agama di dunia yang dianuti oleh manusia tiada satu agamapun membenarkan perkahwinan sejenis dilakukan. ini kerana ia adalah diluar batas fitrah kemanusiaan. Dalam Islam kisah nabi Lut A.S. yang dikisahkan oleh Allah dalam Al-Quran telah memberi gambaran bahawa laknat Allah kepada pengamal Sodomis atau perlakuan sex rambang. Maka memang jelas tidak perlu dihuraikan lagi Perkahwinan Sejenis adalah haram disisi Islam malah boleh dikatakan haram bagi semua agama di dunia ini.
Apapun yang disebut oleh Obama baik untuk kepentingan politik beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat (Presiden Kuasa Dajjal Sejagat) menjelang pemilihan Presiden yang baru, kenyataan ini mungkin dianggap sebagai cara untuk memikat golongan pengamal-pengamal sex bebas di Negara Paksi Kejahatan berkenaan malah mungkin untuk menarik sokongan negara-negara Barat yang bersekongkol dengannya. Penulis tidak berapa faham pendirian beliau yang mempunyai pengalaman banyak tentang peradaban Timur dan manusia yang mungkin boleh dikatakan memahami situasi pergolakan nilai yang berlaku di zaman ini. Namun bagi penulis mungkin tekanan dalaman yang dihadapi termasuk tekanan politik dari pihak-pihak Yahudi sendiri telah memberi kesan sedikit sebanyak kepada Obama untuk mengekalkan pengaruh beliau dalam Senat. Benarlah tanggapan umum di Negara bawah angin bahawa siapapun yang menjadi Presiden Amerika Syarikat tidak akan mengubah dasar dan persepsi Barat terhadap nilai Timur dan Nilai Manusia sejagat. Benar juga keadaannya bahawa Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang Bebas, Bebas dan Bebas. Bebas dalam ertikata Kebebasan Mutlak yang dibolehkan tanpa ikatan nilan dan agama. Kebebasan begini akan mengundang bencana yang besar dan kemurkaan Tuhan. lihat sahaja bencana yang dihadapi oleh Amerika Syarikat sekarang. Belum habis Ribut Taufan datang lagi Ribut taufan yang lain. Rakyat Amerika banyak yang menderita kerana perbuatan pemimpin mereka sendiri. Penganiyaan terhadap manusia yang tidak berdosa yang mereka lakukan terhadap Afghanistan, Iraq, Pakistan dan diseluruh dunia ditanggung oleh Rakyat Amerika Syarikat yang dikatakan bebas itu.
Inilah Demokrasi, satu sistem yang menyokong suara Majoriti (suara terbanyak) dalam kalangan masyarakat moden. Sistem ini baik apabila masyarakat terbanyak mempunyai nilai yang baik dalam kata lain mempunyai nilai agama dan norma-norma hidup yang tinggi sebagai manusia. Namun keburukannya jelas apabila nilai dan norma-norma hidup dalam kalangan masyarakat itu telah rosak akibat budaya hedonisme dan kerakusan nafsu manusia. Kini Demokrasi tidak lagi boleh dianggap satu sistem pemerintahan yang baik kerana ianya berpaksikan nafsu dan kerosakan. Demokrasi yang baik adalah demokrasi yang dipimpin oleh norma-norma dan budaya masyarakat dipandu dengan nilai agama. Penulis masih mengingati temubual CNN terhadap Tun Dr. Mahathir beberapa tahun yang lalu. Kenyataan Tun Mahathir yang diasak dengan soalan-soalan berupa provokasi itu amat mudah difahami. ‘Bahawasanya barat menganggap nilai Demokrasi di Asia khususnya Malaysia tidak Demokratik, Tun Membidas, Demokrasi juga bukan satu sistem yang baik’. Mudah , jelas dan bermakna kata-kata Tun Mahathir itu sehingga pengacara tidak berkata apa lagi. Inilah nilai dan inilah yang diperjuangkan dalam demokrasi. Suara ramai bukan pengukur kepada kesejahteraan, malah sistem Dynasti Feudal pada zaman khalifah lebih baik dibandingkan sekarang.
Semoga Allah melindungi hambanya di Negara ini . Amin.